Saturday, March 12, 2011

Process of Human Happening

Who would have thought, Angel Izrail come, while playing ball

PICTURE OF THE DOOMSDAY



Ya Tuhan kami,
ampunkanlah segala dosa-dosa kami ketika kami hidup di atas pentas bumi-Mu Ya Allah...
ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapa kami,
dosa keluarga kami,
dosa para pendidik kami,
dosa sahabat-sahabat kami,
serta dosa para saudara dalam Islam ku...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segeralah bertaubat,
kembali ke jalan-Nya.
Sesungguhnya hanya jalan Allah S.W.T saja yg benar & lurus.
Allah itu maha pengampun.
Allah maha pengasih,

lagi maha penyayang,
maha pencinta!
Allah maha mengetahui segalanya...
SUBHANALLAH!
Maha Suci Allah...




Friday, March 11, 2011

ISLAM BRINGS GLORY GUIDANCE



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya.

"Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar.

"Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.

"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya ini bukan orang Islam," jawab lelaki itu selamba

"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian.

"Saya beragama Nasrani," jawabnya.

Abu Jaafar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.

"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" Tanya Abu Jaafar.

"Saya bertawakal kepada Tuhan." Jawabnya pendek.

"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar.

Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, merekapun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.

"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana," kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.

"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.

"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar.

"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja," terang lelaki Nasrani itu.

"Ya saya berjanji," kata Abu Jaafar dengan penuh yakin.

Merekapun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja mereka pun duduk istirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya habis roti itu dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.

Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.

Pada hari keempat kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.

Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar.

"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" Kata Abu Jaafar kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.

Tanpa berkata apa-apa orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar masih asyik mengerjakan solat.

Setelah Abu Jaafar selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.

"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku," kata lelaki Nasrani itu.

"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." Terang lelaki Nasrani itu lagi.

"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" Tanya Abu Jaafar menduga.

"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." Kata lelaki Nasrani itu.

"Sekarang apa yang awak mahu?" Sambung Abu Jaafar.

"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." Kata lelaki Nasrani itu.

Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah  
di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam.



Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka . Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
~Amin Ya Rabbal Alamin~

* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.

Tuesday, March 8, 2011

What is Faith?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa itu Iman?
Iman itu :-
Tasdiq (yaqin) pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
Amal dengan anggota

Ada sesetengah pendapat mengatakan hanya pada hati dan anggota sahaja (tidak termasuk iqrar dengan mulut). Dalam Quran ada dinyatakan “orang2 yang menyembunyikan imannya

Sabda Nabi - Iman itu kosong (telanjang). Pakaian IMAN adalah TAQWA (taat, patuh). taat dan patuh kepada ALLAH boleh binasakan SYAITAN.

Kecantikan IMAN itu MALU. ISLAM sesuai dengan orang yang bermaruah tinggi, malu. Semakin malu, semakin tebal iman.
Rasulullah lebih malu daripada anak gadis.

Orang yang tinggi TAQWA dan MALU adalah para WALI seperti nabi Khaidir. Mereka ini deberi ilmu LADUNI. Orang2 yang keluar jalan ALLAH selama 40hari juga akan dimasukkan ilmu laduni kedalam hati mereka.
...Wasalam...

 

Sunday, March 6, 2011

Please do not make



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Solatlah walau di mana anda berada
Jangan  sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan  tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal 
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan  makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan...



Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti  
hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila  berbuat dosa
kerana mati boleh datang
bila-bila masa
.


Jangan  ego untuk meminta maaf pada  
ibu bapa dan sesama manusia
kalau  memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan
.
Nanti  rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita
.
Nanti kita sombong apabila berjaya....
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita
.


Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita....


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.  
Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH
.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia...
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya
.


Jangan biarkan diri anda membaca saje artikel ni ni. 
Sebarkan pada kepada semua saudara islam yang anda kenal!!! 

Wasalam...